Mengenai TartSedap.Com

TartSedap.com ialah satu penjenamaaan produk Biskut Tart Nenas yang dikeluarkan oleh NeConcept Enterprise (PG0326089-P), bagi mereka yang ingin sesuatu yang unik, selain sedap untuk dimakan sehingga mempunyai perasaan "nak lagi, nak lagi, dan lagi..". TartSedap.com ditubuhkan secara 'online' semenjak November 2011.

Siapa pengusaha produk TartSedap.com ini? Saya bernama Norhafizah, dan merupakan seorang ibu berkerjaya di dalam bidang "ICT Training & Development". Namun begitu, saya telah terjebak dalam dunia bakeri sejak menjadi stokis biskut raya semasa tahun 2011 kerana ingin menjana pendapatan sampingan. Kemudiannya minat mula timbul dari hati untuk meneroka bidang tersebut. Pada pertengahan 2011, saya telah mengikuti kelas membuat biskut tart berbentuk buah-buahan & sayur-sayuran di Alor Setar. Dengan ilmu yang dibekalkan pada ketika itu, saya telah memberanikan diri mempromosikan biskut tart unik ini dan saya telah menerima tempahan sebanyak 250 biji dalam masa seminggu selepas kelas. Sehingga kini, saya masih membuat biskut tart nenas bentuk buah-buahan & sayur-sayuran ini secara sampingan namun telah menerima tempahan dari pelbagai negeri termasuk Sarawak.
Biskut Tart Nenas yang dikeluarkan oleh kami adalah 100% menggunakan Butter, dihasilkan tanpa sebarang acuan, dihasilkan penuh warna-warni dengan pelbagai rupabentuk buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan sebagainya, dengan inti nenas yang manis-manis masam, perisa dan pewarna yang dibenarkan serta dijamin 100% halal (juga boleh diisi dengan inti bluberi & strawberi).
Produk TartSedap.Com sangat laris untuk dijadikan hantaran, hadiah, 'doorgift', hamper dan lain-lain. Perkhidmatan terkini, pihak kami juga menawarkan pakej 'candy buffet' dan gubahan hamper atau hantaran biskut tart ini kepada sesiapa yang ingin melangsungkan perkahwinan, majlis berendoi, dan apa jua majlis keraian.
Pihak kami juga sedia membuat PENGHANTARAN KE RUMAH bagi kawasan Nibong Tebal, Parit Buntar, dan Bandar Baharu dengan kos penghantaran percuma!

Maklumat lanjut:

TartSedap.com beroperasi hanya di rumah. Sentiasa sedia menerima tempahan bukan sahaja di kawasan berhampiran bahkan seluruh negeri. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan ataupun menjadi agen/pemborong/"dropshipper" boleh hubungi saya secara terus iaiitu sama ada melalui Call/SMS/WhatsApp/Emel.
Waktu Tempahan:
24 jam tempahan diterima (SMS//WhatsApp)

Hubungi kami:

Email: norhafizahmjani@yahoo.com
Phone: 019-4458242
No. 15, Lorong Seri Acheh 5
Taman Seri Acheh
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
Malaysia

No comments:

Post a Comment